Tuesday, 23 August 2011

Kebesaran Allah di Salar de Uyuni, Bolivia


ASSALAMUALAIKUM WBT

Subhanallah. Agung sungguh aturan-Nya. Dia menciptakan dari sesuatu yang tiada kepada ada. Dialah Maha Pencipta yang Maha Bijaksana.

Salar de Uyuni terletak di Bolivia. Ia merupakan cermin yang terbesar di dunia, kerana mempunyai sifat pantulan seolah-olah sifat pantulan cermin.

Selain daripada itu, Salar de Uyuni juga merupakan dataran garam terbesar di dunia, yakni seluas 10582km persegi. Subhallah!

Mari kita lihat kebesaran Allah ini... ^^,


*****

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir[ar-Ra'ad:3]

No comments:

Post a Comment